Selasa, 4 Januari 2022

E-FOLIO KEJURUTERAAN ISLAM

LAPORAN PROJEK LAMPU SOLAR MINI

NAMA AHLI KUMPULAN

 

  1.    MUHAMMAD AIMAN BIN AZIZ

(04DKA20F2038)

  2.    MOHAMAD AIRIL HAIQAL BIN MOHAMAD NOR

(04DKA20F2054)

    3.    MOHAMAD SYAFIK HAIKAL BIN ABDULLAH

(04DKA20F2050)

     4.    MUHAMMAD AZIM BIN NIK ZAIDI

(04DKA20F2034)

  5.    AMIR FAUZAN BIN AHMAD FADHLUR RAHMAN

(04DKA20F2114)

 KELAS

DKA2B

NAMA PENSYARAH

PUAN.ALINAWATI BINTI AB AZIZ

SESI

DISEMBER2020


Jumaat, 17 Disember 2021

SUMBER RUJUKAN

  •          (n.a) (n.d) “Light Reflection, Iron & Big Bang” Quran Gemshttps://www.youtube.com/watch?v=p1VZBzBA718 16 October 2017.
  •          (n.a) (n.d) “The Miracle of Iron in Quran”https://islamicmisconceptions.wordpress.com/2014/04/19/the-miracle-of-iron-in-quran/ 16 October 2017.
  •          (n.a) (n.d) “What is a Supernova?” NASA https://www.nasa.gov/audience/forstudents/5-8/features/nasa-knows/what-is-a-supernova.html 3 October 2017.
  •          (n.a) (n.d) “What is Supernova” https://youtu.be/YIKXvDlf8_0
  •          http://jendelaangkasa.com/misteri-al-hadid-dalam-al-quran/
  •          http://kaunselingsyarie.blogspot.com/2016/05/kejadian-besi-menurut-al-quran-dan-sains.html?m=1

·   

LAMPIRAN














KESIMPULAN

 Justifikasi yang dapat disimpulkan ialah begitu banyak rahsia yang tertulis di dalam kitab suci Al-Quran.Antara salah satunya adalah penamaan surah Al-Hadid atau besi dan menimbulkan pertanyaan kenapa salah satu unsur kimia dalam jadual berkala (Fe) besi secara khusus menjadi surah di dalam Al-Quran.Lalu apa yang menjadikan besi itu lebih istimewa berbanding barang lain yang lebih berharga seperti emas??.Dari sini, ternyata Allah SWT menyimpan rahsia besar yang baru terungkap setelah para ilmuwan dan saintis melakukan kajian.Malik bin nabi mengatakan, laksana "kilauan anak panah" yang menarik perhatian orang yang berakal.Allah SWT menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhmmad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril sebagai petunjuk dan panduan kepada umat manusia.Allah SWT juga berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 191 yang bermaksud; "(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka".Jelaslah disini setiap perancangan Allah SWT tidak tercapai dek akal manusia untuk berfikir melainkan dengan pentunjuk dan kurnianNya kerana Allah SWT adalah pemilik hakiki segala ilmu.Justeru kita sebagai manusia perlulah menggunakan nikmat yang diberi dengan sebaik mungkin dan memanfaatkannya dalam membela agama Islam di atas muka bumi ini.

SEKIAN TERIMA KASIH

Rabu, 15 Disember 2021

IKTIBAR PENURUNAN BESI KE BUMI

Kisah penurunan besi hasil letupan Supernova ke bumi juga dapat dikaitkan dengan kisah penurunan Nabi Adam a.s dan Hawa dari syurga ke bumi. Turunnya besi sehingga ke kerak bumi bukanlah satu musibah atau malapetaka, tetapi ia memberi rahmat untuk penggunaan teknologi manusia. Selain itu, Allah menunjukkan sekecik-kecik benda yang tertanam di dalam kerak bumi juga sangat penting dan ia mampu memberi seribu satu manfaat.

Namun, jangan berlebih-lebihan dan tamak sehingga menimbulkan kerosakan di atas muka bumi.Kewujudan besi juga telah dinyatakan secara tersirat oleh Allah s.w.t dalam kitabNya lebih 1400 tahun yang lalu dan hari ini dapat dibuktikan secara sainstifik. Kekuatan besi hanya secebis dari kekuatan Allah yang Maha Qowiy. Apa jua yang ada di langit dan di bumi bukan milik manusia. Segala hasil rekaan dan kreativiti manusia bukan milik hakiki manusia tetapi segalanya milik Al Malik. Segala ilmu yang kita peroleh dari hasil kajian besi hanya setitis ilmu dari Al A’lim. Maka kita sebagai hamba yang lemah dan tiada daya melainkan dengan izin Allah, wajib taat pada perintahNya. Jadilah khalifah yang bertanggungjawab mengurus dunia dengan penuh ketakwaan dan kepatuhan pada Allah.

MANFAAT BESI

Besi yang berada di tengah lapisan bumi itulah dikeluarkan untuk kegunaan manusia.Seperti firman Allah pada Surah al Hadid, ayat yang sama, ‘Dan Kami turunkan besi yang mempunyai kekuatan hebat dan banyak manfaat bagi manusia’. Sejak zaman dahulu lagi besi telah digunakan sebagai peralatan perang untuk membuat senjata dan baju besi. Ini telah diajar oleh Allah dalam al Quran:





Surah al-Anbiya’, 21:80





Surah Saba’, 34:10





Surah Saba’, 34:11


Begitulah cara membuat baju besi yang diajarkan oleh Allah kepada Nabi Daud malah baginda Nabi Daud diberi mukjizat melembutkan besi menggunakan tangan.  

Secara ilmiah dapatlah ayat ini dipertanggungjawabkan bahawa orang yang pertama membuat baju besi daripada rantai ialah Nabi Daud. Barulah bangsa-bangsa Eropah sendiri beribu-ribu tahun selepas Nabi Daud menempuh hidup maju. Di dalam bekas-bekas gambar purbakala Mesir yang ditemui di Luxor (Al-Uqshur), atau Simbel, atau piramid-piramid, atau pada simpanan di muzium barang kuno Mesir purba masih belum ditemui baju besi rantai. Ayat ini memberi petunjuk kepada ummat nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam . supaya menggunakan kepandaian yang dikurnikan untuk tujuan kebaikan seperti memperjuangkan agama Allah. 

Jika diteliti semula Surah Al Hadid, Allah mengatakan besi banyak manfaat bagi manusia. Namun, 1400 tahun yang lalu ketika al Quran diturunkan manusia hanya menggunakan besi sebagai peralatan perang seperti pedang dan baju besi kerana kekuatannya yang hebat.

Namun pada masa kini,kita dapat lihat bukti yang jelas lagi bersuluh yang besi banyak digunakan dalam urusan pembinaan bagunan-bagunan serta mercu tanda yang ikonik seperti Menara Eifel di Paris yang strukturnya terdiri hampir sepenuhnya menggunakan besi serta manusia menggunakan besi untuk pelbagai tujuan lain.Besi tuang digunakan dalam komponen mesin seperti komponen kenderaan, alat pemasangan paip, dan kepala silinder kenderaan.Besi tuang kelabu pula lebih digunakan untuk alatan mesin.

Dari sudut kesihatan, Dr. Andreas Jonas, dari Jabatan Radiasi Onkologi dan Radioterapi, Hospital Charite, Jerman telah membuat kajian penggunaan Besi Oksida untuk rawatan kanser. Rawatan ini menggunakan teknik Magnetic Fluid Hyperthermia (MCF) berjaya memusnahkan sel kanser tanpa memberi kerosakan kepada sel sihat. Selepas tiga bulan, tiada sel kanser baru tumbuh.




Selasa, 14 Disember 2021

CIRI CIRI BESI

Besi ada ciri kekerasan kerana mampu menahan geseran dan rintangan terhadap geseran.Besi merupakan salah satu unsur logam iaitu tergolong dalam golongan logam ferus. Besi terbahagi kepada dua jenis iaitu besi tempa dan besi tuang.

Besi tempa adalah merupakan jenis besi yang paling tulen berbanding besi-besi yang lain. Kandungan karbonnya adalah kurang daripada 0. 12%, dan kandungan sangga adalah di antara 0. 6% hingga 3%. Besi ini terdiri daripada zarah-zarah besi logam yang halus berpadu dengan suatu kuantiti sangga yang halus dan teragih segaya.

Besi tuang pula merupakan aloi kompleks yang terdiri daripada enam elemen iaitu, 96% besi, 3% karbon, 1% silicon, sulfur, fosforus, dan manganese.Besi tuang pula terbahagi kepada tiga iaitu besi tuang putih, besi tuang kelabu dan besi mudah bentuk.

1. Besi tuang putih merupakan besi yang keras, rapuh dan magnetik. Ianya mudah dihancurkan dengan hentakan tukul dan apabila ianya hancur, ia akan menghasilkan elemen yang berwarna putih dan perak. Besi tuang putih dihasilkan melalui penyejukan besi cair yang dilakukan dengan pantas supaya unsur besi karbida tidak diasingkan daripada besi. Besi yang lebih lembut daripada besi tuang putih yang normal dapat dihasilkan melalui penyejukan besi cair pada kadar perlahan.

2. Besi tuang kelabu apabila ianya pecah, ia akan menghasilkan elemen yang berwarna hitam kelabu. Besi tuang kelabu dihasilkan dengan cara penyejukan besi cair pada kadar perlahan yang mana akan memisahkan besi dengan karbon. Besi tuang kelabu dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu pearlit, austenit dan aloi.

Kekuatan ialah jumlah daya yang diperlukan untuk mencacatkan(deform) besi. Semakin banyak daya yang diperlukan untuk mengubah bentuk besi, semakin kuat besi tersebut. Keluli sangat susah dibentuk kerana sangat kuat. Tahan lasak ialah bagaimana besi mampu tahan untuk pecah apabila daya dikenakan. Sifat tahan lasak ini memerlukan kekuatan dan kemuluran(ductility) yang membuatkan besi cacat sebelum pecah. Ciri-ciri besi yang keras, kuat dan tahan lasak ini bertepatan dengan ciri-ciri besi yang digambarkan oleh Allah dalam kitabNya.

E-FOLIO KEJURUTERAAN ISLAM

LAPORAN PROJEK LAMPU SOLAR MINI NAMA AHLI KUMPULAN     1.     MUHAMMAD AIMAN BIN AZIZ (04DKA20F2038)   2.     ...