Selasa, 4 Januari 2022

E-FOLIO KEJURUTERAAN ISLAM

LAPORAN PROJEK LAMPU SOLAR MINI

NAMA AHLI KUMPULAN

 

  1.    MUHAMMAD AIMAN BIN AZIZ

(04DKA20F2038)

  2.    MOHAMAD AIRIL HAIQAL BIN MOHAMAD NOR

(04DKA20F2054)

    3.    MOHAMAD SYAFIK HAIKAL BIN ABDULLAH

(04DKA20F2050)

     4.    MUHAMMAD AZIM BIN NIK ZAIDI

(04DKA20F2034)

  5.    AMIR FAUZAN BIN AHMAD FADHLUR RAHMAN

(04DKA20F2114)

 KELAS

DKA2B

NAMA PENSYARAH

PUAN.ALINAWATI BINTI AB AZIZ

SESI

DISEMBER2020


 PENGENALAN

  Tenaga solar merupakan salah satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Malaysia bertuah kedudukan geografinya di garisan Khatulistiwa, memberi kelebihan pendedahan kepada cahaya matahari dan tadahan air.Satu teknologi dicipta untuk mendapatkan tenaga daripada radiasi cahaya matahari ini dinamakan tenaga solar. Tenaga matahari digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik melalui enjin pemanasan dan panel solar fotovoltaik.Solar panel digunakan untuk menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Kaedah ini mampu menghasilkan voltan arus secara terus.Tenaga solar diguna bagi membekalkan tenaga elektrik ke pedalaman dan tenaga air dari Tasik Kenyir, misalnya antara penyumbang terbesar tenaga di negara kita.Penggunaan tenaga solar mungkin memberi impak kepada penurunan permintaan tenaga elektrik, sekali gus memberi keseimbangan ekonomi negara pada masa hadapan. Bagi organisasi yang mempunyai kawasan lapangan, projek tenaga solar mampu menjana pendapatan dalam tempoh lima tahun sekurang-kurangnya.

Jadi kami telah merekacipta ‘Mini Solar Lamp’ iaitu lampu yang menggunakan sumber tenaga solar secara optimum melalui pancarian di aplikasi ‘You Tube’. Aplikasi penggunaan produk menggunakan tenaga solar di negara kita kini masih pada tahap yang rendah sedangkan ia berpotensi tinggi untuk dimanfaatkan dan memenuhi aspirasi dunia dalam menggunakan sumber tenaga hijau bagi mengurangkan impak perubahan iklim dunia terhadap kehidupan manusia. Namun apabila banjir besar melanda negara baru-baru ini telah mencelik mata masyarakat dalam penggunaan tenaga solar akibat ketiaadaan sumber eletrik bagi meminta bantuan pihak berkuasa melalui perhubungan media dan talian kecemasan.

MODEL

 

ALAT

KOS

·        Board Elektronik

   



RM 5.00 

·        Resistor


 


Harga bersama Board Eletronik

·        Wayar penyambung

 


 

Sedia ada

·        Suis



 

Harga bersama Board Eletronik

·        Panel Solar




RM2.00 

·        Super Capasitor


 


 Harga bersama Board Eletronik

·        Perintang tetap


 

 

Harga bersama Board Eletronik



 KELEBIHAN DAN KEGUNAAN

KELEBIHAN:

  • ·        Megurangkan kadar penggunaan elektrik
  • ·        Mengurangkan pencemaran alam sekitar
  • ·        Menghasilkan sumber tenaga hijau
  • ·        Menghasilkan dan meyimpan tenaga tanpa had

KEGUNAAN:

  • ·        Menjadi sumber utama apabila ketiadaan elektrik

 

VIDEO PENERANGAN



PERINSIP SYARIAH

 

BAHASA SYARAK: Jarak ke arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus

ISTILAH: Merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW.

1.Rabbaniah (Ketuhanan)

2.Wasatiah (Kesederhanaan)

3.Tawazun (Keseimbangan)

4.Mizan (Kesetaraan)

5.Thabat dan Murunah (Tetap dan Anjal)

 

Antara prinsip syariah yang boleh dikaitkan dengan projek ini:

 1.      Rabbaniah (Ketuhanan)

Prinsip ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah swt. Alam yang terbentang luas ini mengandungi segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah swt. Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah swt. Kita sebagai khalifah yang tertakluk kepada peraturan alam milikNya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah swt dan menginsafi keagunganNya.Projek ini memanfaatkan sepenuhnya alam semester iaitu penggunaan cahaya matahari sebagai sumber tenaga utama tanpa merosakkan alam sekitar.

2.      Wasatiah (Kesederhanaan)

Wasatiah ataupun dari segi Bahasa bermaksud kesederhanaan dan ini bermakna perlakuan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu ianya bersifat sederhana. Tambahan lagi, perbuatan yang dilakukan tidak melampaui batas ataupun berlebih lebih kerana bersederhana dalam melakukan sesuatu perkara sangat digalakkan dalam islam supaya setiap perkara yang dilakukan mendatangkan faedah dan manfaat yang boleh dipratikkan terus-menerus dalam kehidupan seharian.Kaedah pelaksanaan projek amatlah cepat serta efisien kerana tidak memerlukan kos yang tinggi serta peralatan yang dibeli sesuai dengan kuantiti yang hendak digunakan sekaligus dapat mengelakkan pembaziran.

 3.      Thabat & murunah (tetap dan anjal)

Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Dalam konteks ajaran islam, ada perkara yang telah tetap dan tidak boleh dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip dan perlaksanaanya. Al-murunah bermaksud bahawa selain daripada perkara- perkara dasar yang tidak boleh diubah, terdapat juga perkara-perkara kecil yang boleh berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan kehidupan manusia sepanjang peredaran zaman.Allah SWT telah menetapkan matahari untuk menyinari kehidupan manusia atau dikenal sebagai waktu siang bagi membolehkan manusia melakukan aktiviti harian mereka serta manfaat cahaya matahari bagi tanaman melakukan proses fotosintesis. Allah SWT menentapkan matahari menyinari bumi dengan kata lain cahaya matahari adalah tetap dan berterusan membolehkannya digunakan sebagai tenaga solar sehingga hari kiamat atau waktu yang ditetapkan olehNya.


PERANAN PRINSIP SYARIAH

  • Memelihara Nyawa

Nyawa merupakan anugerah unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara untuk melaksanakan tanggungjawab khalifah. Nyawa tidak boleh diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Oleh sebab itu kami mengutamakan aspek keselamatan dalam proses menyiapkan lampu solar mini ini walaupun kuasa elektrik yang dihasilkan adalah kecil namun mampu memberi sedikit kejutan kepada anggota tubuh badan.

Syariat Islam juga mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia. Pensyariatan hukum dalam Islam mengambil kira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan.Sebagai contoh, penggunaan tenaga megurangkan keberggantungan terhadap penjanaan tenaga elektrik yang dihasilkan melalui empangan hidro,tenaga nuklear dan pembakaran arang batu yang memberi kesan buruk bukan sahaja kepada alam sekitar serta menyumbang kepada perubahan iklim dunia malah memburukkan kesihatan manusia untuk satu tempoh masa yang agak lama.

  • Memelihara Akal

Akal merupakan anugerah terhebat daripada Allah S.W.T yang diberikan kepada manusia dan ianya menjadi benda yang sangat penting dan tidak ternilai kerana akal adalah sesuatu perkara yang membezakan manusia dengan makhluk lain khususnya haiwan yang mempunyai otak tetapi tidak dikurniakan akal seperti manusia. Akal merupakan tempat daya fikir manusia dan juga merupakan tempat manusia menyimpan segala maklumat yang diserap yang bertindak seperti memori. Oleh sebab itu, perlakuan manusia bergantung kepada daya fikirnya dan bergantung kepada kewarasan dan ketajaman akalnya berfikir sama ada berfikir kepada perkara positif ataupun negatif. Selain itu, akal juga merupakan sebab manusia diberikan tanggungjawab oleh Allah S.W.T menjadi khalifah di atas muka bumi ini yang mentadbir perbendaharaan dan mentaati perintah Allah dengan melakukan amar makruf nahi mungkar. Begitu juga seperti projek lampu solar ini yang memerlukan super capsitor sebagai penyalur tenaga apabila menerima tenaga daripada panel solar dan melalui perintang tetap sebagai pengehad harus supaya tenaga yang berlebihan tidak meletupkan lampu. Perubahan tenaga yang berlaku ialah tenaga solar kepada tenaga cahaya.


PELAKSANAAN SYARIAH 

Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam pelaksanaan kerja manusia. Prinsip pencegahan yang diminta oleh syariat Islam adalah untuk menolak dan mengelakkan berlakunya kerosakan. Contohnya Islam mengharamkan perbuatan mendekati zina. Maksud mendekati itu adalah termasuk berdua-duaan atau sesuatu tindakan yang boleh membawa zina. Larangan perbuatan yang boleh membawa kepada zina adalah dianggap langkah pencegahan bagi mengelakkan zina dan lahirnya anak luar nikah.

Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil langkah pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga akhir.Sebagai contoh, penciptaan bom atom yang telah meragut nyawa 100 000 nyawa di Hiroshima dan Nagasaki semasa perang dunia 2. Penemuan serta kemajuan sains telah disalah guna menjadi senjata bagi mereka yang mempunyai kepentingan tanpa memperdulikan nyawa orang lain. Oleh itu,projek ini disiapkan serta dijalankan dalam skala kecil bagi mengelakkan sebarang letupan apabila ada kompenan yang tersalah pasang dan menyebabkan penyaluran kuasa secara berlebihan.

Konsep keutamaan juga dititikberatkan ketika melaksanakan undang-undang Syariah. Islam merangkumi awlawiyat atau mengutamakan sesuatu dalam disiplin sains dan teknologi. Walaupun kita tahu bahawa disebabkan oleh perkembangan teknologi dan sains, terdapat banyak teknologi terkini yang membantu mempromosikan kehidupan manusia. Di samping itu, dapat mengelakkan kemusnahan dan mencari kemaslahan adalah perkara utama. Ini termasuk meletakkan kewajipan di atas sunat, seperti dalam solat. Sebelum solat sunat, solat fardhu perlu dilakukan, lebih-lebih lagi apabila waktu solat fardhu hampir tamat.

Kedua, terdapat fakta yang perlu dititikberatkan dalam konsep keutamaan utama syariat Islam termasuk kemakmuran alam. Para saintis dan ahli teknologi kejuruteraan harus memberi keutamaan kesan kepada alam semulajadi apabila sesuatu teknologi itu diuji daripada mengejar keuntungan dan kemasyhuran. Kenyataan ini bertentangan dengan keadaan biasa zaman moden ini,setiap orang akan menonjolkan kebolehan dan kepakaran mereka untuk mendapat pengiktirafan dan pujian.

 

INFO SEJARAH

Mana-mana peranti yang secara langsung menukar tenaga cahaya menjadi tenaga elektrik melalui proses fotovoltaik adalah sel suria. Perkembangan teknologi sel suria dimulakan dengan penyelidikan 1839 ahli fizik Perancis Antoine-César Becquerel. Becquerel memerhatikan kesan fotovoltaik semasa bereksperimen dengan elektrod padat dalam larutan elektrolit ketika dia melihat voltan berkembang ketika cahaya jatuh ke atas elektrod.

Charles Fritts - Sel Suria Pertama

Menurut Encyclopedia Britannica, sel solar yang tulen yang pertama telah dibina sekitar 1883 oleh Charles Fritts, yang menggunakan simpang dibentuk oleh lapisan selenium (a semikonduktor ) dengan lapisan yang sangat nipis emas.

Russell Ohl - Sel Suria Silikon

Sel suria awal, bagaimanapun, mempunyai kecekapan penukaran tenaga di bawah satu persen. Pada tahun 1941, sel suria silikon dicipta oleh Russell Ohl.

Gerald Pearson, Calvin Fuller, dan Daryl Chapin - Sel Suria yang Cekap

Pada tahun 1954, tiga penyelidik Amerika, Gerald Pearson, Calvin Fuller, dan Daryl Chapin, merancang sel solar silikon yang mampu kecekapan penukaran tenaga enam peratus dengan cahaya matahari langsung.

Ketiga-tiga penemu itu mencipta susunan beberapa helai silikon (masing-masing seukuran pisau cukur), meletakkannya di bawah sinar matahari, menangkap elektron bebas dan mengubahnya menjadi arus elektrik. Mereka membuat panel solar pertama. Bell Laboratories di New York mengumumkan pembuatan prototaip bateri solar baru . Bell telah membiayai penyelidikan itu. Percubaan perkhidmatan awam pertama Bell Solar Battery dimulakan dengan sistem pembawa telefon (Americus, Georgia) pada 4 Oktober 1955.


KESIMPULAN

Kajian dan penghasilan produk ini boleh membantu masyarakat umum untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga elektrik hasil empangan hidro,tenaga nuklear dan pembakaran arang batu.Sekiranya dipasarkan dalam skala yang besar, selain dari penjimatan tenaga elektrik produk juga boleh diinovasikan lagi kepada variasi peralatan elektrik yang lain. Lampu berkuasa solar ini berfungsi seperti lampu sedia ada tetapi tidak bergantung kepada sumber tenaga elektrik sedia ada dan boleh dibawa ke kawasan pendalaman.

Penambahbaikan yang boleh dibuat ialah litar dalaman produk ini ditambahbaik lagi di masa akan datang dan disambungkan dengan bateri boleh dicas untuk ditambah baik kefungsiannya. Lampu berkuasa solar ini boleh dikomersialkan dalam skala yang lebih besar dan ditambah baik reka bentuknya untuk kegunaan yang lebih tahan lama.


LAMPIRAN











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

E-FOLIO KEJURUTERAAN ISLAM

LAPORAN PROJEK LAMPU SOLAR MINI NAMA AHLI KUMPULAN     1.     MUHAMMAD AIMAN BIN AZIZ (04DKA20F2038)   2.     ...