Nova bermaksud ‘bintang’. Jamaknya adalah’novae’. Supernova bemaksud ‘bintang super’. Supernova adalah letupan yang terhasil daripada bintang yang 1.39 kali lebih besar daripada matahari. Sebutir bintang dalam galaksi kita akan melalui Supernova kira-kira setiap 100 tahun sekali. Bagaimanakah letupan ini berlaku? Bintang akan mengalami proses pelakuran nuklear (nuclear fusion) yang menukar gas-gas hidrogen kepada helium. Apabila bintang kehabisan helium, pelakuran akan berakhir dan bintang akan menjadi bintang kecil seperti matahari.
Tetapi, apabila bintang besar kehabisan hidrogen, proses
pelakuran helium kepada unsur yang lebih berat seperti besi akan berlaku.
Setelah bintang mempunyai tenaga yang mencukupi, pelakuran nuklear yang lebih
berat seperti emas, gangsa, uranium dan lain-lain pula terhasil.
Sumber: Hyperphysics
Setiap pelakuran nuklear meningkatkan tenaga dan suhu bintang. Bintang tidak mampu bertahan dengan suhu melebihi 100 bilion Frenheit. Maka, letupan besar akan berlaku. Letupan ini menghumban jirim ke ruang angkasa dan cahayanya menerangi seluruh galaksi.
Semasa pembentukan bumi, jirim yang terhumban sepeti besi
akan dijadikan sebagai teras bumi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan