Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa
bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan
bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan,
supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi
dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi
bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia
menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya
ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya
itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong
Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya);
sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Hal ini menyebabkan para Ulama Salaf berfikir mengapa Allah menggunakan perkataan turun untuk besi? Bukan cipta? Dari mana besi diturunkan? Langit atau matahari? Mengapa besi diturunkan sedangkan kita boleh mengeluarkan besi dari dalam tanah? Misteri ini tidak dapat dijawab dan para ulama membuat kesimpulan bahawa Allah menggunakan bahasa metafora yang mempunyai maksud tersirat.
Akhirnya pada akhir abad ke 20, para sainstis telah menemui
bahawa pembentukan mineral besi memerlukan suhu tertentu. Suhu ini tidak wujud
di bumi, langit mahupun matahari. Hanya ada satu tempat sahaja yang sesuai
untuk pembentukan besi iaitu di bintang. Bintang yang mempunyai suhu melebihi
jutaan darjah celcius yang dipanggil Supernova!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan